Saturday, December 19, 2009

Hijaunya, kasut!


Pertama kali dalam alam dewasa, aku membeli kasut yang berwarna lain selain warna hitam, coklat, putih dan krim... Pertama kali nampak kasut ni, aku terus berminat nak beli tapi dalam hati masih teragak-agak... Takut nanti tak sanggup nak pakai je... Last2, aku beli jugak... Ada dua warna dalam design yang sama... Satu lagi warna peach cair... Mula2 ingat nak beli color peach cair tu, tapi yang tinggal cuma saiz 4... Bila aku tunjuk kat mak, dia terkejut sebab aku beli color hijau... Aku memang dikenali dengan sifat tak berani mencuba sesuatu yang baru... Takut nak ambil risiko! Tahniah kepada diri sendiri kerana akhirnya memecah tradisi dan melawan sifat tidak yakin dan takut dalam diri! Kakak pula suka dengan warnanya kerana lain dari kebiasaan... Esok aku akan pakai kasut ni buat kali pertama... Hehehe, tak dapat aku bayangkan bagaimana agaknya rupa aku memakai kasut ni esok...

Tuesday, December 1, 2009

Dan... Mimpi Pun Berguguran


Novel pertama yang aku beli menggunakan duit sendiri. Tentang kisah percintaan antara Marissa Adeline (Icha) dan Saiful Badar yang juga merupakan abang sepupunya. Walaupun Saiful Badar merupakan anak kacukan (ibunya dari Australia), namun dia dididik dengan ilmu agama yang banyak.

Gadisku,

Secarik rasa rindu

Mengundang gulana di jiwa

Kasih berapit cinta

Di oles ke kepingan rasa.

Aku yang terlonta derita

Rindu yang bertandang

Itulah tanda cinta asmara

Buat seorang puteri

Yang amat kusayangi

Namun gadisku, pautan kasihku

Tiada dahan rendangnya

Paluan cinta asmara

Tiada kompang jawapannya.

Gadisku,

Kau tetap tidak mengerti

Aku pula masih berahsia dan

Cinta kian subur mewangi

Tetapi tiada bertaman.

Gadisku,

Sahutlah seruan kasihku

Cantumkanlah carik-carik rindu

Redakanlah gulana jiwaku

Bebaskan aku dari sangkar derita

Cinta dan rasa terhadapmu

Kian terlonta nestapa

Menanti balasan kasihmu

Untuk ke puncak mahligai syahdu...!

-sajak yang ditulis Saiful Badar untuk Icha-

A Walk To Remember


Novel Nicholas Sparks yang pertama aku beli. Dan juga novel bahasa inggeris yang pertama aku beli. Mengisahkan percintaan di antara Landon Carter dan Jamie. Dua perwatakan yang berbeza - Landon merupakan seorang yang suka membuli, manakala Jamie seorang pemalu yang juga merupakan anak perempuan kepada paderi. Antara babak yang menarik ialah apabila Jamie memberikan Landon kitab injil (kepunyaan emaknya) yang selalu dibawa bersamanya ketika Hari Krismas.

Jalan cerita yang menarik dan menyentuh perasaan. Sebuah kisah cinta yang digarap dengan baik. Susah untuk berhenti membaca tanpa mengetahui kesudahan ceritanya.

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins, but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope, and to endure whatever comes."

-petikan dari Corinthians yang ingin dibaca oleh Jamie ketika hari perkahwinannya nanti-

Thursday, November 26, 2009

Kenapa hanya aku?

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa menelefon,
sedang engkau hanya diam di sana,
tanpa khabar berita.

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa ingin berjumpa,
sedangkan engkau seperti tidak menyedari kewujudanku,
sepertinya engkau tidak meyintai aku.

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa kelihatan terhegeh-hegeh,
sedangkan engkau tak pernah meyuarakan yang kau rindu.

Benarkah kau sungguh-sungguh menyintai aku,
atau aku cuma tempat,
kau meghilangkan rasa sunyi di hatimu?

Thursday, November 19, 2009

Maafkan Aku...

Maafkan aku,
kerana tidak memahami masalahmu,
walaupun aku sendiri tak tahu apakah masalahmu.

Maafkan aku,
kerana mementingkan diri sendiri,
mungkin aku perlu belajar,
untuk memikirkan tentang insan lain juga.

Maafkan aku,
kerana apa yang aku luahkan,
melukakan hatimu,
mungkin aku perlu berhati-hati sebelum berkata-kata,
atau mungkin aku perlu pendamkan saja apa yang aku rasa.

Maafkan aku,
aku bukan yang terbaik untukmu,
walaupun jauh di sudut hatiku,
kau adalah yang terbaik untukku.

Maafkan aku...

Friday, November 13, 2009

Ku harus bagaimana?

Dua jiwa,
yang menyintaiku.
Dua jiwa,
yang dicintaiku.
Tapi aku harus memilih satu,
sedangkan aku tidak tergamak,
melukakan salah satu darinya.
Ku harus bagaimana,
bila aku tidak berdaya memilih.
Kerana aku tahu,
betapa pedihnya hati bila dilukai.
Kerana aku tahu,
betapa hancurnya hati,
bila cinta didustai.
Tapi, ku harus bagaimana?
Bila aku hanya boleh memilih satu darinya?

Monday, November 2, 2009

Kaulah satu-satunya...


Wajah itu jarang tersenyum; tetapi amat menyenangkan tika memandangnya. Jarang bergurau; tegas, tetapi penyayang. Jarang bercakap tapi sesekali memberi nasihat, hati tersentuh dan mampu menitiskan air mata sesiapa yang mendengar. Hidup penuh dengan pengalaman, membuatkan dia seperti kaunselor ketika memberi nasihat. Itulah insan yang kukenali sejak lahirnya aku di dunia. Insan yang menjemputku ke dunia ini. Ayah, dirimu hanya satu dan tiada gantinya...

Melewati hari-hari dewasaku, kadangkala aku kembali mengingati nostalgia bersama ayah. Tapi, bila dikenang kembali, memori bersama ayah itu mampu membuatkan aku tersenyum, menangis - bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang begitu penyayang, bertanggungjawab, penuh kasih sayang walaupun jarang ditunjukkan dan diluahkan melalui perbuatan mahupun kata-katanya...

Aku, anak ke-2 daripada empat adik beradik. Seorang kakak dan dua orang adik lelaki, turut berkongsi ayah yang sama denganku. Kata emak, sewaktu aku dan kakak masih kecil, kalau hendak membeli baju untuk kami, ayah dan emak tentu memilih baju yang sama corak cuma berlainan warna. Katanya, takut kami dua beradik bergaduh siapa yang dapat baju cantik dan siapa dapat baju yang tak cantik. Begitu awal, ayah sudah mengajar kami agar tidak mencemburui apa yang dimiliki orang lain...

Memandangkan anak pertama dan kedua ayah, anak perempuan maka ketika emak mengandungkan anak ketiganya, ayah amat berharap agar bayi itu bayi lelaki. Dan doa ayah termakbul. Tapi, adikku lahir tidak cukup bulan. Aku masih ingat, ayah menangis ketika memegang adikku yang begitu kecil, dengan berat tidak sampai dua kilogram! Sampai sekarang ayah amat menyayangi adikku dan tidak menyangka adikku dapat hidup sehingga ke hari ini...

Seperti yang aku nyatakan tadi, ayah amat penyayang cuma ayah tidak pernah tunjukkannya. Waktu itu, aku dalam darjah empat dan kakakku dalam darjah enam. Kakak terjatuh dari basikal dan lukanya agak teruk. Gusi kakak terkoyak dan memerlukan jahitan. Ayah marah emak sebab biarkan kakak pergi kedai menaiki basikal. Kata emak; "Ayah kau memang sayangkan kau orang. Apa-apa yang jadi dekat anak-anak dia, aku yang kena marah." Kesian emak, tapi mungkin itu cara ayah sebab dia terlalu sayang dan bimbangkan anak-anaknya...

Waktu aku bersekolah rendah, aku amat lemah dalam matapelajaran Matematik. Bayangkan, walau sudah berada dalam darjah lima pun aku masih belum mampu menghafal sifir. Aku selalu dimarahi dalam kelas Matematik kerana tidak dapat menjawab soalan guruku. Suatu hari, ayah dipanggil guru Matematikku ke sekolah. Guru matematikku menceritakan masalahku pada ayah. Ayah amat marah waktu itu. Balik saja ke rumah, aku lihat ayah sedang menulis sifir di atas kertas manila dan ditampal sifir itu di hujung katilku. Dengan tegas, ayah menyuruh aku menghafal sifir dan setiap minggu dia akan menguji aku sama asa aku sudah menghafalnya atau belum. Kerana takut akan dirotan ayah, bertungkus lumus aku menghafalnya. Dan aku berjaya juga akhirnya...

Tentang pelajaran, ayah memang tegas. Dan perkara yang paling aku dan kakak takutkan ialah ketika hari ibu bapa diminta datang ke sekolah untuk mengambil kad laporan pelajar. Jika di dalam kad laporan pelajar itu ada matapelajarn yang kami tidak lulus, kami memang tahu apa yang akan berlaku sebaik saja pulang dari sekolah nanti. Jika kawan-kawan yang lain gembira apabila ibu atau bapa mereka datang kerana selepas itu mereka boleh balik awal, kami pula kalau boleh tidak mahu ayah datang. Seperti yang kami jangka, balik saja dari sekolah, ayah menyuruh kami berdua mengadapnya. Dan kami tahu rotan adalah habuan kami. Tapi, terima kasih ayah. Kalau tidak kerana ketegasan ayah itu, kami tidak akan berjaya dalam pelajarn hari ini...

Ayah memang tidak suka kami tidak hadir ke sekolah walaupun kami tidak sihat. Ayah memang akan mengamuk jika mendapati kami tidak hadir ke sekolah. Kalau kami sakit dan tidak mahu ke sekolah, ayah menyuruh kami menggayakan orang menyuap makanan. Jika kami masih larat mengangkat tangan untuk menyuap makanan, kata ayah kami masih mampu untuk ke sekolah. Dan dia bertegas menyuruh kami ke sekolah. Mungkin ayah tidak mahu kami rugi satu hari pelajaran di sekolah. Kadangkala jiwa muda kami memberontak tapi kami sedar ayah lakukannya bersebab...

Aku tidak ingat waktu itu berapakh usiaku tapi waktu itu aku masih bersekolah rendah. Aku dan kakak sering pergi bermain di rumah kawan kami. Satu hari itu, kami berdua bermain sehingga ke petang di rumah kawan kami itu. Bila kami berdua balik, ayah sudah membungkus pakaian kami berdua dan diletakkan di luar pintu rumah. Kami cuba membuka pintu rumah tapi ayah telah mengunci pintu dan tidak membenarkan kami masuk. Kata ayah; "Pergilah duduk dekat rumah kawan kau tu! Main sampai tak ingat nak balik rumah. Tak ingat rumah tangga!" Ayah cukup marah waktu itu. Kami berdua menangis meminta maaf tetapi ayah tak pedulikan kami. Akhirnya setelah dipujuk emak, ayah lembut hati dan membenarkan kami masuk. Selepas dari hari itu, kalau kami bermain, kami akan balik ke rumah sebelum tengah hari dan petangnya baru kami keluar bermain lagi...

Tapi, semakin ayah berumur, ayah tidak setegas dulu. Adik-adikku jarang dimarah dan tidak pernah dirotan jika keputusan peperiksaan mereka teruk. Aku tak tahu kenapa, mungkin ayah sudah tua dan tak larat hendak marah-marah selalu. Tapi, aku berani katakan adik-adikku rugi sebab tanpa kawalan ayah, keputusan peperiksaan mereka kurang memuaskan dan adik-adikku tidak mempunyai semangat belajar untuk mendapatkan keputusan periksa yang elok. Kalau kami dulu, memang bersugguh-sungguh belajar supaya tidak dirotan ayah. Hasilnya kami berjaya. Tapi, adik-adikku tidak begitu membanggakan. Aku tidak pernah salahkan ayah. Pokok pangkalnya diri sendiri kalau hendak berjaya...

Setelah tamat pengajian di kolej, tibalah waktu yang dinanti-nantikan. Hari konvokesyen yang berlangsung di UPM itu, merupakan saat yang paling menggembirakan aku. Aku gembira kerana akhirnya, seorang dari anak ayah berjaya merangkul segulung diploma. Ayah tidak menunjukkan reaksi gembiranya dengan ketara tapi aku tahu dalam hati ayah, betapa ayah bangga dan gembira hari itu. Tapi, bila ayah tidak mahu masuk ke dewan menyaksikan aku menerima diplomaku, hatiku hancur dan hampir aku menangis ketika itu. Setelah emak memujuk, akhirya ayah masuk juga ke dewan. Terima kasih ayah, kerana sudi melihat anakmu ini menerima diplomanya!!!

Monday, October 26, 2009

Wednesday, October 14, 2009

Terkenang kembali...

Sepanjang hidup, aku memang tak pernah ada diari...Pernah juga cuba menulis diari tapi bertahan sekejap je...Lagipun, jarang ada perkara menarik yang berlaku dalam hidup aku...Semalam, sebelum melelapkan mata, tiba-tiba teringat waktu hari pertama aku bersekolah campur (waktu sekolah rendah, aku sekolah perempuan)...Waktu tu, kelas Bahasa Melayu bersama Cikgu Noraini Sarbini ataupun lebih glamour dengan panggilan Cikgu Batman...Memandangkan itu hari pertama persekolahan, cikgu memutuskan untuk masing-masing memperkenalkan diri tapi secara berpasangan dan berdialog...Aku dipasangkan dengan seorang budak lelaki yang bernama Noor Azman...Bila turn kitaorang sampai, aku memang dah gelabah gile...Sepanjang berdialog dengan Noor Azman, aku asyik memandang ke lantai dan tiba-tiba cikgu bersuara...
"Takkan awak berbual dengan kawan asyik pandang lantai je..."
Merah padam muka aku waktu tu...Satu kelas dok gelakkan aku...Hm, itulah antara kenangan yang tak dapat aku lupakan sampai sekarang...Dulu, aku memang pemalu dengan budak lelaki tapi sekarang dah ok...Mungkin sebab pekerjaan aku yang selalu berhadapan dengan pelbagai orang...Skill komunikasi aku pun dah semakin baik...Agaknya, Noor Azman masih ingat tak?

Sunday, July 19, 2009

Konvokesyen 2001

Ini merupakan antara hari yang istimewa dalam hidupku...Hari konvokesyen di UPM tahun 2001...Setelah berpenat lelah belajar selama 2 tahun 1/2, akhirnya aku dianugerahkan Diploma dalam Sains Komputer...Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung diploma!

Aku bersama Amoy...



Aku bersama Atie...


Aku bersama Ain dan Atie...




Aku bersama Kakak Yatie dan Syafiq...




Aku bersama Kakak Yatie...

Saturday, July 18, 2009

Learning to write great fiction...

Sekarang ni tengah sibuk baca buku ni : Write Great Fiction; Description & Setting...Buku ni dipinjam di Perpustakaan Kuala Lumpur...Sejak kerja di Kompleks Dayabumi, baru bulan May haritu aku tau dekat mana Perpustakaan Kuala Lumpur...Perpustakaannya luas, cantik, selesa...Eh, ini dah menyimpang dari tujuan asal aku tulis blog kali ni...Dari tajuknya, tentu sekali buku ni untuk belajar menulis karangan Fiksyen yang bagus...Aku baru baca sampai Chapter 3...Menarik bukunya dan mudah difahami...Antara yang telah aku pelajari ialah, cara mengumpulkan data untuk karangan kita iaitu dengan cara menulis setiap kejadian, penelitian kita terhadap orang di sekeliling, penelitian terhadap radio, tv...Dan di dalam buku ini juga, penulisnya juga mencadangkan agar setiap penulis mempunyai satu jurnal harian dan juga diari...Jadi, mulai sekarang, aku perlu mengadakan satu jurnal dan diari untuk mengumpul data2 yang mungkin berguna untuk karangan aku nanti...Buku ini menceritakan teknik dan latihan untuk menyediakan satu dunia yang dipenuhi orang, tempat dan kejadian yang boleh dipercayai...Aku berharap, bila dah habis baca buku ni nanti, aku akan dapat menghasilkan karangan fiksyen aku dengan lebih baik lagi...

Kek Tiramisu...


Hari ni, aku nak tunjukkan cara2 buat kek tiramisu kegemaran aku...

A) Kek Span Coklat
Bahan-bahan :
160gm tepung kek
40gm serbuk koko
20gm ovelette
200gm gula kastor
80ml air
6 biji telur
1/4 senduk serbuk penaik
50gm mentega (dicairkan dan disejukkan)

Cara Membuatnya :
1). Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pemukul kecuali mentega dan pukul
sehingga kembang.
2). Masukkan mentega cair dan gaulkan dengan tangan perlahan-lahan sehingga
adunan sebati.
3). Masukkan ke dalam dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak
dan bakar dengan suhu 180 darjah celsius selama 30 minit.


B) Krim Tiramisu
Bahan-bahan :
250gm keju krim Philladelphia
60gm krim pekat Anchor
100gm gula kastor
250gm krim putar

Cara Membuatnya :
1). Pukul keju krim, krim pekat dan gula sehingga kembang.
2). Masukkan krim putar dan adun perlahan sehingga sebati.

Cara Menyediakan Kek :
1). Bahagikan kek span kepada tiga atau empat potongan.
2). Lapikkan bekas dengan plastik pembalut, letakkan satu lapisan kek span
sebagai asas dan sapukan dengan air larutan serbuk Nescafe. Sapukan krim
tiramisu di atasnya dan ulang proses sehingga lapisan kek yang terakhir.
3). Sejukkan dalam peti sejuk-beku semalaman sebelum menghias kek dengan krim
putar dan serbuk koko.

Friday, July 17, 2009

Di serang selsema dan sakit tekak...

Dari hari Selasa hingga Khamis, aku MC sebab diserang selsema dan sakit tekak yang teruk...Tiga hari duduk di rumah tanpa berbuat apa2...Namanya pun cuti sakit, jadi berehat habis2an la...Hari ni start keje balik...Selsema dan sakit tekak aku masih belum berkurangan...Esok dan Ahad, hari cuti...Mudah2an selsema dan sakit tekak aku ni akan sembuh cepat...Sebenarnya, tekak aku memang dah lama bengkak dan aku telah pun meminta ubat dari Klinik Panel tempat keje aku tapi, masih belum baik...Selsema pulak, on and off...Nak kata duduk kat pejabat berhawa dingin, tempat keje aku taklah sejuk sangat...Tapi, aku ni pelik sikit...Hidung aku alah pada cuaca panas...Kalau panas, lagi selalu aku akan terbersin...Mak kata hidung aku ni bukan selsema biasa tapi, resdung...Entahla...Oklah, hari pun dah larut malam...Esok kalau ada cerita menarik, aku akan update lagi blog ni...

Monday, July 6, 2009

Book Of Your Life...

Each day, life offer you a blank page in the text book of your existence.

Your past is already written and you can't change that; in it's page you can find your history, some pages have soft colors, others darker shades...

Beautiful remembrances of happy times or pages you wish you could tear out forever...
Today you have the opportunity to write another page.

It's up to you to choose the colors it will have, for even in adversity you can add soft pastels of serenity to turn it into a beautiful experience.

Today...How will you write your day? It all depends on your will and optimism to transform today's page in the book of your life into a page that you will treasure as a beautiful remembrance in the future.

If you knew you had only one more day to live, what would you do?
No doubt you would make peace with God and with those around you, you'd enjoy the golden sun rays, the gentle breeze, the love and affection of that special person and the many blessings the Lord has given that we sometimes take for granted.

Enjoy this new day! Take mental inventory of all the good things in your life and live each hour with cheer, giving it your best.
Do not harm others and be happy to be alive and able to give a smile and offer others a helping hand.

It's never too late to change course, start anew and write fresh pages of happiness and peace in the book of your life!
Thank God for His gift of Today and the opportunity to turn this day into a beautiful new page in the existence. Remember that in spite of adversities, problems and difficulties it's up to you how you live today...

...as if it were your first day, as if it were the last...The ONLY day in the book of your life! May all your days be full of joy and peace!

Saturday, June 20, 2009

Kak Iejat Kahwin





Dah nak dekat sebulan Kak Iejat kahwin tapi aku baru sempat buat blog mengenainya... Tahniah buat Kak Iejat dan semoga pekahwinan Kak Iejat akan berkekalan sehingga ke akhir hayat...Amin...

Tuesday, June 16, 2009






Inilah kawan baikku, Noor Khafiza Ahmad yang aku kenali sejak dibangku sekolah rendah lagi...Dilahirkan pada 10 Januari 1981, kami berkongsi zodiak yang sama; Capricorn...Kami mula berkawan rapat sejak aku berpindah sekolah ke Cheras...Sejak itu, kami sering berutus surat...Dan sehingga sekarang, kami masih berhubung...Aku amat berharap, persahabatan kami akan berkekalan selama-lamanya...
Dah lama aku tak update blog aku...Etahlah, aku pun tak tahu apa yang nak dituliskan...Sejak kebelakangan ni, aku agak boring...Hari ni, sudah dua hari aku bercuti tapi tak pergi mana-mana pun, dok kat rumah jer...Semalam petang, aku pergi taman dekat Setia Alam...Aku sempat berjalan satu pusingan taman dan kemudian main badminton dengan Kakak Yatie, Syafiq dan Abang Berahim...Best jugak main badminton...Berpeluh macam berjoging jugak...Pukul 7 petang kami bergerak pulang ke rumah...Hari ni, tak tau lagi apa aktiviti yang akan dilakukan...Pagi2 dah bangun, baca majalah yang dah lama aku beli tapi belum berusik (sudah menjadi kebiasaan bagi aku)... Mencari-cari idea untuk menulis di dalam blog tapi, akhirnya aku mengupdate blog tanpa apa2 idea...setakat menulis apa yang bermain di fikiran waktu ini...Oklah, aku pun dah kehabisan idea dan lepas ni aku nak scan gambar ke dalam komputer...Ada projek untuk post terbaru di dalam blog aku yang sedang bermain di fikiran aku untuk dilaksanakan...InsyaAllah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan update blog aku dengan projek yang aku fikirkan ini...Just wait n see...Bye n Wassalam...

Sunday, May 24, 2009

Naik Eye On Malaysia



Awal bulan 5 aritu, balik kampung...Sebelum balik ke Klang, aku ajak ayah singgah Banda Hilir...Sepatutnya semalam aku pergi tapi jalan jam teruk...So, esoknya pagi2 lagi aku dan keluarga dah ke Banda Hilir...Mula2 sekali aku naik Menara Taming Sari...Aku naik dengan Syafiq je...Aku ajak mak tapi mak takut...Seronok jugak naik Menara Taming Sari tu...Dapat tengok pemandangan Banda Hilir...Sambil platform menara naik dan berpusing, ada suara latar yang menceritakan tentang pemandangan yang dilihat...Lepas dah turun, aku nak naik Eye On Malaysia pulak...Dulu waktu ada kat Tasik Titiwangsa aku tak berkesempatan nak naik...Kali ni pun aku naik dengan Syafiq je...Tapi taklah seronok sangat sebab pemandangannya cuma laut...Banda Hilir hanya sayup2 pandangan...Tapi, seronok jugak sebab akhirnya dapat jugak naik Eye On Malaysia...

Monday, May 4, 2009


Hari Sabtu dua minggu lalu, aku da keluarga ke Sunway Lagoon...Ini merupakan kali ke-4 aku ke sini...Tapi, kali ini lebih seronok kerana kali ini kami pergi bersama Aira...Walaupun Aira masih kecil dan tidak begitu memahami apa yang terjadi, tapi kami seronok melihat telatahnya tambahan ketika dia bermain air...Begitu seronok sampai tak mahu naik ke atas...Kali ini aku dapat naik Tomahawk, kapal, dan jambatan gantung...Seronok dapat release tension...Cuma aku tak berkesempatan naik roller coaster...Mungkin suatu hari nanti aku akan berkesempatan juga menaikinya...Kalau Aira dah bertambah usia setahun dua, aku akan membawanya lagi ke sini...


Saturday, May 2, 2009

Acara Tahunan Yang Wajib...

Seminggu sudah berlalu sejak Pesta Buku berakhir...Tahun nie, dua kali aku ke Pesta Buku...Minggu pertama aku ke sana seorang diri...Aku mengunjungi booth payless book yang memang sentiasa aku kunjungi kalau ke pesta buku...Ada enam buah buku yang aku beli...Kemudian, aku cuba mencari booth NB Kara, booth penulis kegemaran ku, tapi tak jumpa...Apa yang aku jumpa, sebuah booth yang ada menjual novel Norhayati Berahim...Aku beli dua novel Norhayati Berahim, Setiap Jumaat dan Kembalikan Cintaku...Minggu lepas aku ke pesta buku dan kali ini aku pergi bersama adik bongsuku, Syafiq...Kali nie aku banyak memborong novel bahasa melayu...Seratus lebih juga habis duitku haritu...Untuk Syafiq, aku belikan komik...Walaupun itu hari terakhir Pesta Buku, tapi pengunjungnya tetap ramai...Aku memang tak suka pergi ke tempat yang penuh sesak dengan orang ramai tapi demi Pesta Buku, aku sanggup...Inilah acara tahunan yang wajib buat aku...InsyaAllah tahun-tahun yang akan datang aku akan pergi lagi...Waktu aku melihat di peta booth, aku terjumpa lokasi booth NB Kara dan aku bercadang untuk pergi ke sana tapi, adikku pula sudah tak larat nak berjalan...Sudahnya, aku tak juga berkesempatan berjumpa dengan Norhayati Berahim...Mudah-mudahan suatu hari nanti aku akan berjumpa juga dengannya...Amin.

Saturday, April 18, 2009

Minggu Lepas, 11/4/2009 aku menjejakkan kaki ke tempat aku membesar, Kluang... Aku ke sana kerana mendapat jemputan kahwin anak kepada kawan ayah aku... Aku sampai di Kluang lebih kurang pukul 11 lebih... Selepas menjamu selera dan berbual serba sedikit bersama kawan ayah ku itu, kami mula bergerak kerana kami mendapat berita nenek sedara aku telah meninggal dunia... Hajat aku untuk mengambil gambar di sekolah lama ku aku nyatakan kepada ayahku... Walaupun ayah ingin cepat pulang ke kampung, dia tetap membawa aku ke sekolah menengah ku, Sekolah Menengah Jalan Batu Pahat... Sampai di sana, ada ramai pelajar kerana mereka terpaksa bersekolah untuk menggantikan cuti hari raya akan datang... Kerana segan, aku tidak jadi keluar untuk mengambil gambar di sekolah... Akhirnya, kami meneruskan perjalanan balik ke kampung... Mungkin lain kali aku akan dapat mengambil gambar di sekolah ku itu...

Sunday, April 5, 2009

Kebenaran di sebalik waktu kelahiran...

Dalam aku membelek majalah lama aku, aku terbaca satu ruangan di dalam majalah Remaja keluaran 1 Ogos 2008... Ruangan ini ditulis oleh Nanie Zakir, bercerita rahsia di sebalik waktu kelahiran... Aku di lahirkan pada pukul 10.20 malam dan mengikut ruangan ini, insan yang dilahirkan pada waktu 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam merupakan seorang yang kreatif, penuh rasa kasih sayang dan sangat berbakat...Pun begitu, sangat pemalu dan mempunyai sikap ingin tahu yang cukup tinggi...Memiliki cara sendiri untuk mengekspresikan diri dan meminati aktiviti artistik seperti memasak, menulis, menari atau menyanyi...Kebahagiaan terbesar ialah apabila berasa tenang dan damai pada waktu tertentu...Kamu juga harus berhati-hati dan jangan berikan beban berlebihan pada diri dengan memikul terlalu banyak tanggungjawab...Sebagai seorang yang kreatif, kamu tidak suka melakukan perkara yang dipaksa oleh individu lain mahupun situasi...Kamu selalu mahukan waktu terluang dan juga ingin mendapatkan seberapa banyak projek yang boleh diselesaikan sesegera mungkin...Dengan ini kreativiti kamu dapat disalurkan pada hasil kerja tersebut...Melakukan perkara yang boleh melahirkan daya imaginasimu, membuat kamu bahagia dan bebas dari sebarang tekanan...

Aku ternganga sewaktu membaca artikel ini...Memang menepati diri aku...Aku memang seorang yang kreatif, pemalu dan penuh rasa kasih sayang...Paling tepat, aku suka menulis dan tidak suka dipaksa melakukan sesuatu perkara...Oklah, sampai sini dulu buat kali ni...Bye!

Wednesday, April 1, 2009

Hari ni pergi keje macam biasa... Tak ada apa yang berlaku... Semuanya berjalan lancar seperti biasa kecuali aku kena selsema sikit...dari malam semalam dah selsema... sebelum tidur aku dah makan ubat...Bangun pagi ingatkan dah ok...tapi masih selsema... Lepas sarapan, makan sebiji lagi ubat selsema...Pun tak elok jugak...Bila tengok aku asyik ter soksek, soksek menahan hingus, kawan aku mencadangkan aku beli ubat dekat farmasi...Aku pun beli dan makan sebiji, masih tak elok... Malah makin teruk...Kawan aku tu kata, kalau nak elok lepas makan kena tidur sekejap...Kejap lagi sebelum tidur aku nak makan sebiji lagi...Mudah-mudahan aku bangun pagi esok, selsema aku dah baik...Rimas bila asyik nak bersin dan hingus meleleh...Tadi Aira ada kat rumah sebab mak dan ayah dia pergi pasar malam...Aku tak dapat nak cium dia sebab takut nanti berjangkit pulak selsema aku kat dia...Dia pun baru baik selsema haritu...Kesian pulak kalau dia selsema sekali lagi...Hmm, dah tak tahan sangat ni, nak makan ubat dan tidur...Bye.

Sunday, March 29, 2009

First words...

This is not my first time having a blog... I already have a blog at Friendster and Myspace... In Friendster, I post all my poems... In Myspace I post a quotes... and in Blogspot I want to post any story about me, my friends, my family, just everything... Writing is my passion and my hobby for a long time... I start writing when I'm in secondary school... I start by writing a poem and then I start with a novel... Writing give me satisfaction because I can spell out my feelings, my thoughts and for me, writing is a therapy... When I sad, angry or happy, I just write what I feel... This is my first words in this blogs... Hope the other blogger will read my blog and leave some comment for my reference...That's all for now... See you on my next blog...

My Beloved Laptop...


This is my laptop where I spent a lot of time with... I bought it last year at Plaza Low Yat... Although it is a second hand laptop, it looks like new... This is my my first laptop... I have a PC but the PC is not functioning very well... With this laptop, I use to chat, surf the net, and blogging... It's special feature is bluetooth... I can transfer songs, picture and video from my hand phone to my laptop easily... Beside my collection of books, this is my favorite item... Last week I change the hard disc because the old hard disc cannot respond to the motherboard...that cost me RM200... I hope after this there will be no major damage of my laptop...

Saturday, March 28, 2009

More Abut Me...

Mengenai seorang aku... Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada 28 Disember 1981 dan diberi nama Norhana... Anak ke-2 daripada 4 beradik... Aku orang yang simple... Tak perlu menyusahkan untuk bersolek seperti anak gadis lain... Aku jarang meminta dibelikan itu dan ini... Mak pernah cerita, waktu kecil aku selalu ditipu... Kalau aku berkenankan barang mainan, mak akan cakap "Dekat depan sana ada lagi yang cantik. Tunggu ya!". Sudahnya aku akan lupa dan aku tak pernah merengek... Aku tak pernah salahkan mak dan ayah kerana dulu hidup kami sekadar cukup makan...Tapi bagus juga sebab sampai sekarang aku tak suka membeli itu dan ini... Kalau beli barang, hanya yang perlu dan selalunya, selagi belum rosak dan masih boleh digunakan, aku takkan beli yang baru... Bernaung di bawah bintang Capricorn yang dikatakan seorang yang bercita-cita tinggi dan setia, aku tak nafikan aku juga ada ciri-ciri itu... Dulu aku tak tahu aku ada bakat menulis sehinggalah aku di tingkatan 3... Aku mula menulis cerpen, sajak dan kini sedang menulis novel...Ideanya memang dah lama ada tapi begitu lama nak disiapkan... Mungkin aku belum cukup kuat berazam... Aku dapat idea tu masa aku tingkatan 4 dan sampai sekarang masih belum siap... InsyaAllah, menjelang tahun 2010, aku akan menyiapkannya... Walaupun aku suka menulis, aku tak pernah hantar karya aku ke surat khabar.... Dulu waktutingkatan 4 atau 5 pernah juga aku masuk pertandingan menulis sajak di sekolah dan menang tempat ke-2... Dan pernah juga aku hantar sajak berbahasa Inggeris 'The Long Journey' di dalam satu pertandingan di website yang dianjurkan di Amerika... Ternyata nukilan aku mendapat tempat dalam pertandingan itu sehingga sampai ke peringkat separuh akhir. Malangya, ketika hampir ke peringkat akhir, berlaku tragedi 9/11... Mak melarang aku menyertai pertandingan itu kerana bimbang...Yalah, aku dari negara Islam dan juga beragama Islam... Orang Amerika pula cukup paranoid dengan orang Islam pada waktu itu... Sudahnya, sampai di situ saja perjalanan aku...Selepas itu tak pernah aku menyertai mana-mana pertandingan... Aku menulis sekadar hobi dan juga sebagai medium untuk aku lepaskan perasaan yang terbuku di hati... Selalunya aku akan menulis sajak ketika sedih, marah dan kesunyian... Semua sajak-sajak yang aku tulis menggambarkan perasaan aku... Pernah dulu waktu aku menganggur dan dalam keadaan tertekan, aku menulis sajak yang panjangnya lebih kurang empat muka surat kertas A4... Kadangkala aku rasakan ianya sebagai terapi yang amat bagus untuk aku meluahkan perasaan... Aku pun bukannya ada tempat untuk mengadu dan bercerita masalah aku... Aku jenis yang suka bersendiri... Kalau hari cuti, aku lebih suka habiskan masa di dalam bilik sambil membaca, mendengar radio ataupun menonton tv... Aku bukannya jenis orang yang suka keluar menghabiskan masa di luar... Aku juga tak suka bersesak-sesak dengan orang ramai... Kalau nak keluar pun, mesti ada sebab... Aku ni jenis yang suka memerap di rumah... Tapi, bila fikir-fikir balik, hidup aku agak bosan... Walaupun dulu aku pernah tinggal di KL tapi aku tak pernah merayau tak tentu hala... Pertama kali menonton wayang pun pada usia 21 tahun... Kalau orang lain dah jauh menjelajah Malaysia, aku pula tak pernah ke mana-mana... Asyik mendengarkan cerita percutian orang lain, aku pula asyik menghabiskan masa di rumah... Dari Isnin hingga Jumaat, dunia dan perjalanan aku hanya dari rumah ke tempat kerja dan sebaliknya... Aku rasa hidup aku memang kosong dan tidak banyak pengalaman menarik... Aku gemar bersendiri... Kalau dalam pergaulan pula, aku memang susah nak rapat dengan kawan baru. Di awal perkenalan, aku lebih banyak berdiam, mengkaji watak kawan yang baru dikenali... Bila dah lama kenal, barulah aku boleh bersembang banyak dan bergurau...Aku seorang yang baran, tidak aku nafikan... Sikap inilah yang paling tidak disukai oleh ahli keluarga aku... Aku pernah cuba berubah tapi susah... Kadangkala aku boleh naik angin pasal benda-benda kecil...