Thursday, January 7, 2010

Aira Farihah


Aira, tidur tertonggeng pun jadi... =)

Inilah wajah yang sering dirindui oleh aku, ayah, mak dan uncle2nya... Hadirnya Aira Farihah dalam hidup kami sekeluarga memang membawa kegembiraan dan keceriaan... Dia kanak2 yang baik dan senang menjaganya kerana dia tidak banyak kerenah... Selalu ketawa dan tersenyum, bersesuaian dengan makna namanya... Jarang menangis dan kalaupun menangis cuma sekejap... Telatahnya sering membuatkan kami ketawa... Dia memang ceria dan suka menari kalau dengar lagu... Terbaru, dia suka tengok iklan TM Connect dan suka dengar lagu Through My Window... Dalam HP aku ada video iklan TM tu, kalau dia nampak HP aku mesti dia hulur kat aku mintak aku bukakan video tu untuk dia... Dan bila video tu dah habis, dia akan tekan sendiri button kat HP tu untuk ulang main semula video tu... Dia tak akan jemu tengok video tu... Lagi satu, kalau tengok TV, dia paling suka tengok iklan... Orang ramai tengok TV untuk tengok rancangan yang disiarkan tapi Aira pula lebih suka tengok iklan... Kalau TV tengah iklan dan kita tukar channel lain, dia akan ambil remote dan mintak kita tukarkan balik channel yang ada iklan tadi tu... Itu dia belum gheti tekan sendiri... Kalau dia dah tau tekan sendiri, habislah tak boleh tengok TV la gamaknya!













Selamat Tahun Baru

2010 sudah bermula... Begitu pantas masa berlalu... Diam tak diam, dah hampir sedekad kita berada di alaf 2000... Usia pun semakin bertambah... Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku... Ha, satu pencapaian yang baik bagi aku pada tahun 2009, akhirnya aku berjaya mendapat lesen kereta... Itupun setelah 3 kali test, huahuahua... Dan akhirnya, aku telah berjaya memiliki kereta sendiri...

Setiap tahun, aku ada buat azam tahun baru... Dan seperti selalunya, azam tahun baru tu tak terlaksana =( So, tahun ni, aku tak set apa2 azam tahun baru... Aku akan lakukan apa yang aku suka dan cuba melaksanakan impian aku... Aku akan cuba jalani hidup dengan lebih baik dan ceria... Tapi, awal2 tahun aku dah sakit, demam datang tiba2... Baru hujung tahun lepas aku cakap dengan mak, aku dah lama tak demam... Itulah, lain kali mulut tu jangan takbur!

Petang 31 Disember aritu, colleague aku sibuk tanya aku sambut tahun baru kat mana... Sambil tersenyum, aku jawab aku hanya sambut kat rumah... Aku memang tak pernah sambut tahun baru kat luar... Hari merdeka pun aku tak sambut kat luar... Bukannya nak kata yang aku ni budak baik, aku memang tak suka berada di tempat yang penuh dengan orang ramai... Aku tak tahan dengan kedaan hingar-bingar, rimas! Selalunya, waktu macam ni orang seusia aku akan berkeliaran bersama2 kawan2 dan tak kurang juga ada yang hanya berdua bersama pasangan masing2... Aku, lebih selesa lepak di rumah dalam bilik aku... Sepanjang umur aku, hanya 2 kali aku pernah berasak2 tengok konsert... Konsert Dato' Siti Nurhaliza di Bukit Jalil dan Konsert Kemuncak Akademi Fantasia Hotlink juga di Bukit Jalil, 2 konsert yang pernah aku tonton... Walaupun aku tak suka berasak2 dengan orang ramai, Pesta Buku Antarabangsa di PWTC setiap tahun tidak pernah aku kecualikan... Aku mesti pergi acara tahunan wajib aku ni walaupun orang terlalu ramai semata2 untuk membeli buku2 yang dijual pada harga yang murah... Aku memang gila buku tapi aku bukanlah bookworm atau book smart... Aku cuma membaca novel, tak kira bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dan cuma sesekali aku baca majalah (itupun kalau ada rencana yang menarik)... Aku juga tak suka baca majalah hiburan, malas nak amik port pasal gosip artis yang entah betul, entah tidak... Tahun lepas, banyak novel yang aku beli dan belum habis baca lagi... Entah bila aku akan habiskan baca semuanya... Tahun ni, sure koleksi buku aku akan bertambah lagi sebab aku akan pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2010 dan sudah pasti aku akan balik dengan berdozen2 buku... =)

Semoga tahun 2010 ni akan berjalan dengan lancar... Semoga lebih banyak pencapaian baik yang akan aku lakukan tahun ni... Semoga apa yang aku impikan akan terlaksana... Amin...

Sudah 28 da...

28 Disember 2009 aritu, genap umur aku 28 tahun... Hehehe, dah semakin tua! Dah lama aku hidup di bumi Tuhan... Syukur, aku masih diberi kesempatan dariNya untuk aku terus hidup... Hari lahir aku tiada yang istimewanya, sama seperti hari2 biasa... Aku tak pernah sambut hari lahir... Tahun lepas (2008) aku dapat hadiah novel Nicholas Sparks (The Lucky One) dari mak... Tahun ni, aku harap akan dapat hadiah novel Nicholas Sparks (The Last Song) tapi takde orang yang hadiahkan untuk aku... Nampaknya, aku kenalah beli sendiri novel tu... Aku tak terima sebarang hadiah pun... Memang aku tak berharap pun sebab aku ni bukannya insan istimewa dalam hidup orang lain... Ucapan hari lahir yang aku terima dari keluarga dan rakan2 sudah cukup bermakna buat aku... Cuma aku sedikit sedih sebab dalam usia aku yang semakin tua ni, aku masih keseorangan... InsyaAllah, jodoh buatku akan tiba juga suatu hari nanti... Amin...

Saturday, December 19, 2009

Hijaunya, kasut!


Pertama kali dalam alam dewasa, aku membeli kasut yang berwarna lain selain warna hitam, coklat, putih dan krim... Pertama kali nampak kasut ni, aku terus berminat nak beli tapi dalam hati masih teragak-agak... Takut nanti tak sanggup nak pakai je... Last2, aku beli jugak... Ada dua warna dalam design yang sama... Satu lagi warna peach cair... Mula2 ingat nak beli color peach cair tu, tapi yang tinggal cuma saiz 4... Bila aku tunjuk kat mak, dia terkejut sebab aku beli color hijau... Aku memang dikenali dengan sifat tak berani mencuba sesuatu yang baru... Takut nak ambil risiko! Tahniah kepada diri sendiri kerana akhirnya memecah tradisi dan melawan sifat tidak yakin dan takut dalam diri! Kakak pula suka dengan warnanya kerana lain dari kebiasaan... Esok aku akan pakai kasut ni buat kali pertama... Hehehe, tak dapat aku bayangkan bagaimana agaknya rupa aku memakai kasut ni esok...

Tuesday, December 1, 2009

Dan... Mimpi Pun Berguguran


Novel pertama yang aku beli menggunakan duit sendiri. Tentang kisah percintaan antara Marissa Adeline (Icha) dan Saiful Badar yang juga merupakan abang sepupunya. Walaupun Saiful Badar merupakan anak kacukan (ibunya dari Australia), namun dia dididik dengan ilmu agama yang banyak.

Gadisku,

Secarik rasa rindu

Mengundang gulana di jiwa

Kasih berapit cinta

Di oles ke kepingan rasa.

Aku yang terlonta derita

Rindu yang bertandang

Itulah tanda cinta asmara

Buat seorang puteri

Yang amat kusayangi

Namun gadisku, pautan kasihku

Tiada dahan rendangnya

Paluan cinta asmara

Tiada kompang jawapannya.

Gadisku,

Kau tetap tidak mengerti

Aku pula masih berahsia dan

Cinta kian subur mewangi

Tetapi tiada bertaman.

Gadisku,

Sahutlah seruan kasihku

Cantumkanlah carik-carik rindu

Redakanlah gulana jiwaku

Bebaskan aku dari sangkar derita

Cinta dan rasa terhadapmu

Kian terlonta nestapa

Menanti balasan kasihmu

Untuk ke puncak mahligai syahdu...!

-sajak yang ditulis Saiful Badar untuk Icha-

A Walk To Remember


Novel Nicholas Sparks yang pertama aku beli. Dan juga novel bahasa inggeris yang pertama aku beli. Mengisahkan percintaan di antara Landon Carter dan Jamie. Dua perwatakan yang berbeza - Landon merupakan seorang yang suka membuli, manakala Jamie seorang pemalu yang juga merupakan anak perempuan kepada paderi. Antara babak yang menarik ialah apabila Jamie memberikan Landon kitab injil (kepunyaan emaknya) yang selalu dibawa bersamanya ketika Hari Krismas.

Jalan cerita yang menarik dan menyentuh perasaan. Sebuah kisah cinta yang digarap dengan baik. Susah untuk berhenti membaca tanpa mengetahui kesudahan ceritanya.

"Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful or conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins, but delights in the truth. It is always ready to excuse, to trust, to hope, and to endure whatever comes."

-petikan dari Corinthians yang ingin dibaca oleh Jamie ketika hari perkahwinannya nanti-

Thursday, November 26, 2009

Kenapa hanya aku?

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa menelefon,
sedang engkau hanya diam di sana,
tanpa khabar berita.

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa ingin berjumpa,
sedangkan engkau seperti tidak menyedari kewujudanku,
sepertinya engkau tidak meyintai aku.

Kenapa hanya aku,
yang sentiasa kelihatan terhegeh-hegeh,
sedangkan engkau tak pernah meyuarakan yang kau rindu.

Benarkah kau sungguh-sungguh menyintai aku,
atau aku cuma tempat,
kau meghilangkan rasa sunyi di hatimu?