Saturday, November 16, 2013

5 Tahun 5 Bulan...



Sementara menunggu keputusan untuk masuk ke universiti, Johanna menjadi orang gaji di rumah En. Latfy...Di sana dia ditemukan dengan Along, Apeh, Nina dan Nana...Bermacam kejadian berlaku semasa tempoh itu...Along tidak habis2 'mendera' Ana membuat dan memasak itu dan ini...Dalam diam Along jatuh cinta pada Ana...Kemudian, Jo terbang ke Aberdeen menyambung pengajiannya..."Along sayang Ana..." itu kata2 yang diungkapkan kepada Johanna...
     "Assalamualaikum. Ha...Along. Apa cerita?"
     Sengih Afiq melebar mendengar suara papanya.
     "Wa'alaikumussalam. Papa, tolong call Tok Chhu Talib."
     "Kenapa pulak tiba-tiba nak call Tok Chu ni?" Dahi Encik Latfy sedikit berkerut.
     "Nak hantar rombongan minggu depan, boleh?" Afiq bertanya terus. "Papa tolong call Pak Cik Latif sekali, tolong tanya boleh tak mkita nak datang."
     Encik Latfy ketawa. "Dah selesai dah masalah kau orang tu?" Dia menggeleng perlahan. Maklum dengan gusar hati anak sulungnya ketika baru sampai dari JB. Masakan tak, muka dah mengalahkan orang dengar berita saham jatuh.
     "Insya-Allah dah selesai la tu." Ketawa Afiq turut pecah. "Papa, tolong tanyakan sekali pasal plan Along tu."
     "Plan yang mana?"
     "Winter."
   

No comments:

Post a Comment