Saturday, November 16, 2013

Semusim Rindu...



Novel karya Aleya Aneesa ini sudah lama aku habiskan bacaannya cuma tidak sempat lagi nak buat ulasan...Kisah seorang kanak2 yang melarikan diri dari makciknya yang zalim...Nasibnya terbela apabila dia ditemukan dengan pasangan suami isteri yang begitu baik...Pasangan ini sudah lama berkahwin tapi masih tidak dikurniakan cahaya mata...Jadi mereka mengambil kanak2 itu menjadi anak angkat mereka...Hajar Adira ditemukan dengan Ikhman dalam keadaan yang tidak menyenangkan...Sejak kejadian itu, Hajar berdendam dengan Ikhman...Hilal, bapa saudara Ikhman menyuruh lelaki itu supaya mencari anak saudaranya yang hilang 15 tahun dahulu...Ikhman buntu memikirkan di mana hendak dicari gadis itu...Dunia memang kecil kerana gadis yang dicari2 rupanya adalah Hajar Adira...Ikhman segera menemukan Hajar dengan Hilal yang sedang bertarung dengan nyawa kerana barah yang dihidapi...Semasa akhir hayatnya, Hilal sempat berpesan supaya Ikhman dan Hajar berkahwin...Hajar tidak berdaya menolak dan cuma mengiakan...Perkahwinan mereka dilanda berbagai masalah...Hajar akhirnya mengaku yang dia mula cintakan suaminya...Emak saudara Hajar yang telah menderanya semasa kecil berusaha sedaya upaya supaya Hajar tidak dapat mewarisi harta peninggalan Hilal...Bagaimanakah kesudahannya? Bacalah sendiri dan anda pasti akan sukakan novel ini...

No comments:

Post a Comment