Apakah yang membuatkan 2 benda yang sama, tapi di 2 kedai yang berlainan ianya dijual pada harga yang berbeza? Perbezaan yang aku maksudkan kat sini bukan setakat beza 1 atau 2 sen, ataupun 1 atau 2 ringgit... Jauh bezanya sampai 4 kali ganda harga di kedai lain... Haritu, aku ada dapat katalog buku dari MPH (sebab aku MPH circle member)... Sambil mencuci mata nengok katalog tu, aku berkenan nak belikan adik aku, Syafiq satu buku nih... Harga yang dicetak dalam katalog tu RM39.90... Oklah tu, taklah mahal... Hari Jumaat haritu, lepas keje aku cadang nak beli buku tu tapi kat area pusat bandar KL, mana ada MPH... Paling dekat pun, dekat Mid Valley nun... Malas pulak aku nak naik komuter... So, aku fikir kat Kinokuniya KLCC mesti ada buku tu... Waktu aku cakap dengan colleague aku nak beli buku kat sana, colleague aku cakap buku kat sana tak mahal ke? Aku cakap dengan dia kalau mahal pun, tak jauh beza... Kadang2, ada buku yang lebih murah di sana... So, dalam pukul lima lebih, aku naik Putra pegi KLCC... Sampai Kinokuniya, aku terus cari kiosk carian buku... Lepas dah tau kat seksyen mana aku dapat jumpa buku tu, aku terus mecari... Cari kat tingkat bawah, tak jumpa... aku naik pula kat tingkat atas Kinokuniya... Di bahagian Fine Art, aku jumpa buku yang aku nak beli tu... Aku terus check harga di bahagian belakang buku dan... aku ternganga, terkejut gile dengan harga yang aku nampak tu... Buku sama di MPH (RM39.90) tapi di Kinokuniya, harganya RM129.90... 4 kali ganda dari harga yang ditawarkan oleh MPH... Terus aku terfikir, betul ke harga yang aku tengok dalam katalog MPH tu? Entah2, aku silap tengok kot... Aku letak balik buku tadi tu... Niat hati tu memanglah nak beli tapi kalau dah harganya berkali-kali ganda dari di tempat lain, tak jadilah aku nak beli... Buat apa bayar lebih kalau kita boleh dapat benda yang sama pada kualiti yang sama tapi pada harga yang jauh lebih murah? Tengah hari tadi, aku buka laman web MPH... Nak pastikan semula harga buku tu... Sah, harganya memang RM39.90... So, aku terus call MPH Jusco Bukit Raja untuk tanya book availability... Mujur, buku tu ada dalam stok diaorang... Terus aku suruh reserve untuk aku buku tu... Lepas bersiap2, pukul 1 lebih tadi aku terus ke Jusco Bukit Raja... Dalam pada hanya nak beli sebuah buku, akhirnya aku terjebak membeli beberapa buah buku... Hehehe, aku kan memang gila buku!!! =) Tapi sampai sekarang aku masih tak percaya dengan apa yang berlaku... Memanglah Kinokuniya tu kedai first class tapi takkanlah jauh sangat bezanya? Semuanya kerana branding... Yang jadi mangsanya, kita sebagai pembeli...
Moral of the story : Buat perbezaan harga di beberapa kedai, pilih yang terbaik. Kuasa membeli di tangan kita!
Buku ni aku beli untuk diri sendiri... Asalnya nak beli buku terbaru Nicholas Sparks (The Last Song) dan buku Norhayati Berahim (Ranting Cinta Si Plato), tapi masih belum ada di pasaran...
Buku ni, aku beli untuk adik aku, Syafiq...
Buku ni, aku beli untuk diri aku sendiri tapi ayah dan akak aku pun boleh baca sekali... Baca sinopsis kat belakang buku, macam menarik... Ntah bila la aku akan start baca... Buku yang aku pinjam kat KL Library pun tak habis2 baca lagi... Asyik lanjutkan tarikh pinjaman je... =)
Buku ni, aku cadang nak hadiahkan untuk Nolan, anak boss aku...
Inilah buku yang aku maksudkan kat atas tu... Puas hati kerana akhirnya aku dapat belikan untuk adik aku... Dia memang minat lukis cartoon... Nasib baik aku tak terus beli kat Kinokuniya...

No comments:
Post a Comment