Sunday, October 2, 2011
Baju Pengantin Mak Andam
Novel ni aku beli sebab aku tau aku akan suka cara penulisannya yang sempoi...Novel yang menarik dan sesuai dibaca bagi menghilangkan bosan dan tension kerana membacanya, aku kadang kala tersenyum sendiri dengan telatah watak utamanya, Aleya dan Zain...Jalan cerita yang menarik...Gaya penulisan yang bersahaja begitu mudah dibaca dan sesuai dibaca di waktu senggang ataupun ketika di dalam pengangkutan awam, atau ketika menunggu train...
Aleya sebenarnya sudah jatuh cinta pada Zain tapi tidak mahu mengakuinya kerana dia dikejar bayang2 kekecewaan cinta pertamanya dahulu...Dia menerima Zain sebagai kawan dan akhirnya bertambah akrab...Zain memang sudah sah2 cintakan Aleya tapi memandangkan Aleya sering mengelak untuk berbicara mengenai cinta, Zain hanya mengikut rentak Aleya...
Lama cinta yang Zain pendam dalam hatinya...Patah hati bila dia melihat Aleya berdua-duaan makan dengan bekas kekasih pertamanya...Lalu Zain mula menarik diri...Selsebihnya, kena baca sendiri...Huhu.
P/S : Memang best! Thumbs up!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment