Thursday, August 11, 2011
Masih Setia
Lama sungguh tak update blog...Lepas habis baca The Notebook aritu, aku baca novel Masih Setia yang dipinjamkan oleh colleague aku, Kak Iejat...Dah lama novel ni dipinjamkan tapi tak berkesempatan untuk dibaca...Almaklum, terlalu banyak yang perlu dihabiskan bacaan...Mulanya aku bagi kakak aku baca dulu novel ni...Tapi dia tak menyudahkan bacaannya sebab dia pening dengan dialek Minang yang diselitkan di dalam novel ini...Pada mulanya aku pun fikir dalam novel ini wataknya berdialek Minang...Pening nak memahamkannya...Tapi, dialek Minang itu cuma sedikit sahaja di permulaan novel...Jalan ceritanya menarik namun dapat dijangka siapakah watak yang sering bermain gitar dan menyanyikan lagu syahdu di malam hari itu...Penulis bijak mengolah jalan cerita dan mengajak pembaca berfikir apakah kesudahan novel ini dan siapakah yang dipilih Miera...Ayat2 yang digunakan juga bisa membuatkan jantung aku berdegup kencang seolah-olah aku adalah Miera...Biasalah, aku kan memang suka berangan dan meletakkan diri di dalam watak sesebuah novel yang dibaca...Huhuhu, jiwang...
Sekarang ni aku tengah baca novel Baju Pengantin Mak Andam...Novel yang berunsur lucu...Kakak aku dan juga Kak Iejat sudahpun membacanya dan mereka berdua sependapat mengatakan novel ini menarik untuk bacaan santai...Tapi, sejak masuk bulan puasa ni, tak bersentuh pun novel ni...Tak berganjak penanda bukunya...Hehehe, InsyaAllah aku akan habiskan baca dalam masa terdekat...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment