Saturday, November 16, 2013
5 Tahun 5 Bulan...
Sementara menunggu keputusan untuk masuk ke universiti, Johanna menjadi orang gaji di rumah En. Latfy...Di sana dia ditemukan dengan Along, Apeh, Nina dan Nana...Bermacam kejadian berlaku semasa tempoh itu...Along tidak habis2 'mendera' Ana membuat dan memasak itu dan ini...Dalam diam Along jatuh cinta pada Ana...Kemudian, Jo terbang ke Aberdeen menyambung pengajiannya..."Along sayang Ana..." itu kata2 yang diungkapkan kepada Johanna...
"Assalamualaikum. Ha...Along. Apa cerita?"
Sengih Afiq melebar mendengar suara papanya.
"Wa'alaikumussalam. Papa, tolong call Tok Chhu Talib."
"Kenapa pulak tiba-tiba nak call Tok Chu ni?" Dahi Encik Latfy sedikit berkerut.
"Nak hantar rombongan minggu depan, boleh?" Afiq bertanya terus. "Papa tolong call Pak Cik Latif sekali, tolong tanya boleh tak mkita nak datang."
Encik Latfy ketawa. "Dah selesai dah masalah kau orang tu?" Dia menggeleng perlahan. Maklum dengan gusar hati anak sulungnya ketika baru sampai dari JB. Masakan tak, muka dah mengalahkan orang dengar berita saham jatuh.
"Insya-Allah dah selesai la tu." Ketawa Afiq turut pecah. "Papa, tolong tanyakan sekali pasal plan Along tu."
"Plan yang mana?"
"Winter."
Rooftop Rant...
Kisah berkisar di atas rooftop Wisma Topaz yang menemukan Trisy dan Jade...Trisy anak bongsu dari empat beradik...Keluarganya memang kucar-kacir...Masing2 membawa haluan masing2...Akhirnya ibu bapanya menghantar Trisy ke JB untuk tinggal bersama opah dan pak su...Surat menjadi penghubung di antara Trisy dan Jade...Pada mulanya Trisy tidak dapat menyesuaikan diri hidup di JB...Dari seorang gadis yang tidak kisah pasal agama, Trisy mula berubah...Dia mula membaca buku2 berunsur keagamaan dan mendengar muzik2 nasyid...Jade pula sudah menjadi seorang pelukis komik...Trisy menjadi pengikut setia komik Jade...Tapi, tiba2 komik Jade sudah tidak disiarkan lagi dan surat2 Trisy juga tidak mendapat balasan...Apa yang terjadi kepada Jade?
Semusim Rindu...
Novel karya Aleya Aneesa ini sudah lama aku habiskan bacaannya cuma tidak sempat lagi nak buat ulasan...Kisah seorang kanak2 yang melarikan diri dari makciknya yang zalim...Nasibnya terbela apabila dia ditemukan dengan pasangan suami isteri yang begitu baik...Pasangan ini sudah lama berkahwin tapi masih tidak dikurniakan cahaya mata...Jadi mereka mengambil kanak2 itu menjadi anak angkat mereka...Hajar Adira ditemukan dengan Ikhman dalam keadaan yang tidak menyenangkan...Sejak kejadian itu, Hajar berdendam dengan Ikhman...Hilal, bapa saudara Ikhman menyuruh lelaki itu supaya mencari anak saudaranya yang hilang 15 tahun dahulu...Ikhman buntu memikirkan di mana hendak dicari gadis itu...Dunia memang kecil kerana gadis yang dicari2 rupanya adalah Hajar Adira...Ikhman segera menemukan Hajar dengan Hilal yang sedang bertarung dengan nyawa kerana barah yang dihidapi...Semasa akhir hayatnya, Hilal sempat berpesan supaya Ikhman dan Hajar berkahwin...Hajar tidak berdaya menolak dan cuma mengiakan...Perkahwinan mereka dilanda berbagai masalah...Hajar akhirnya mengaku yang dia mula cintakan suaminya...Emak saudara Hajar yang telah menderanya semasa kecil berusaha sedaya upaya supaya Hajar tidak dapat mewarisi harta peninggalan Hilal...Bagaimanakah kesudahannya? Bacalah sendiri dan anda pasti akan sukakan novel ini...
Diari Cintaku...
Novel ni hasil tulisan Eina Afrina...Aku tak pernah baca novel hasil tulisannya sebelum ni...Tapi novel ni tak kurang hebatnya...Kisah berkisar perkahwinan aturan keluarga...Baik Maizatul mahupun Shahril tidak mahu mengecewakan harapan orang tua mereka...Pada mulanya masing2 tak mengaku cinta pada satu sama lain...Akhirnya mereka akur dengan perasaan indah yang mula bertapak dalam jiwa mereka...Berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan berlaku pergolakan di dalam rumah tangga mereka...Namun akhirnya mereka berjaya mengharunginya...Kesudahan yang baik bagi novel ini...
Tuesday, April 10, 2012
Ranting Cinta Si Plato
Novel ini aku habis baca kira-kira seminggu yang lalu...Novel yang tak boring dibaca...Walaupun kadang-kadang terselit rasa marah kepada watak utamanya iaitu Sofea ketika diberitahu yang arwah suaminya mempunyai isteri lain...Memang wajar dia berasa marah dan kecewa tapi dia sepatutnya sudah memaafkan arwah suaminya kerana arwah suaminya berkahwin lain dengan alasan mahu membela nasib Soknah dan anak-anaknya yang masih kecil...Apatah lagi mereka kehilangan orang yang tersayang disebabkan Alfian...Alfian tidak bersalah sepenuhnya...Cuma dia bersalah bila dia menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan Sofea...Selebihnya, novel ini dapat diagak penghujung ceritanya...Habis saja membaca novel ini, aku memilih novel baru untuk dibaca...Dan kali ini novel 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate menjadi pilihanku...
Cinta Jangan Kau Pergi
Memandangkan dah lama aku tak update blog, novel Cinta Jangan Kau Pergi ini pun sebenarnya sudah lama aku habiskan membacanya...Cerita yang menarik...Tapi cukup meluat dengan watak Qosim yang tak sedar diri dan tak mengenang budi...Mungkin di luar sana juga ramai yang berperangai begini...Sudahla Zulfa berbuat baik dengannya tapi Qosim membalasnya dengan membuat fitnah yang macam-macam terhadap Zulfa...Novel yang sarat dengan pengajaran ini memang patut dibaca...Habis je baca novel ni, aku terus menuju ke arah rak buku ku...Apa lagi, pilih novel baru yang bakal dibaca la...Dan aku memilih sebuah lagi novel karya Norhayati Berahim iaitu 'Ranting Cinta Si Plato'...
Wednesday, December 28, 2011
Harum Chempaka
Haritu aku baru saja menyudahkan bacaan novel ni... Kisahnya memang menarik... Cuma seperti biasa aku akan mengambil masa yang lama untuk menyudahkan pembacaan sesebuah novel... Tambahan pula sekarang aku dah tak boleh membaca dalam kenderaan bergerak... Novel Bridget Jones's Diary masih belum habis aku baca... Entah kenapa, tiba2 takde mood pulak nak habiskan baca novel tu... Sekarang ni aku baru start baca novel Cinta Jangan Kau Pergi karya Kak Norhayati Berahim jugak... Novelnya agak nipis... Harap2 dapat sudahkan dengan cepat...
Subscribe to:
Posts (Atom)