Sunday, October 2, 2011

Misi BESAR...

Hahaha, macam nak berperang pulak tajuk entry kali ni...Saja buat gimik la tu...Sebenarnya misi ni memang besar buat aku...Misinya : habiskan membaca semua novel2 yang aku ada sekarang ni menjelang tahun 2012...

Tau kenapa aku pasang misi ni? Sebab tahun depan nak tambah koleksi lagi...Huhuhuhu...Biasalah, tahun depan mesti pegi Pesta Buku seperti tahun2 sebelum ni...Dan aku tak pernah balik dengan tangan kosong kalau g Pesta Buku...

So, sebelum koleksi novel2 yang belum dibaca bertambah bilangannya, baik aku pasang misi...Dan, aku cuma ada dalam 3 bulan(lebih kurang 90 hari lagi menjelang tahun depan) untuk mem'possible'kan misi ni...

P/S : Mission Possible? InsyaAllah...

Bridget Jones's Diary

Novel ni dah lama aku beli (biasalah tu, huhu)...Aku dah pernah tengok filemnya tapi tak ingat dah...Sebab tu nak baca novel ni...Tapi taulah, kalau baca buku bahasa inggeris, akan mengambil masa yang lama...Pembacaan aku terhenti seketika...Dan akan disambung sedikit demi sedikit...Nanti aku dah habis baca, aku bagi review lain...

P/S : Sementara tu, aku baca novel Bahasa Melayu - Harum Chempaka tulisan Norhayati Berahim...

Bogel Menuju Tuhan


Hmmm, jangan salah anggap dengan tajuk buku ni...Buku ni adalah hasil kompilasi nukilan sajak dan blog post kepunyaan Zahiril Azim...Namanya memang familiar sebab dia pelakon yang semakin melonjak naik namanya...

Aku admit, aku jarang tengok drama melayu...Tapi aku pernah juga tengok Zahiril berlakon...Dia memang berbakat besar...Ooopss, enough bout him because the main topic here is bout his book... =)

Buku ni aku dapat tau daripada kawan sekerja aku, Anis...Dan aku baca buku ni pun, pinjam dari Anis...Thanx, Anis...Aku memang suka tulis sajak...Dan kadang2, suka baca nukilan orang lain yang terpapar di surat khabar...Dan aku memang suka cara penulisan sajak Zahiril...Walaupun kadang2 dia agak lantang di dalam sajak2nya, tapi siapa kisah? Itu adalah medium meluahkan apa yang dirasa...

Bila dah baca buku sajak Zahiril, mula la aku berangan nak publish sajak aku...Hehehe...Actually, dah lama aku ada niat nak publish sajak2 aku...Tapi, tak ada pihak yang berminat...Iyalah, siapa aku ni kan...

P/S : Zahiril, good job!

Baju Pengantin Mak Andam


Novel ni aku beli sebab aku tau aku akan suka cara penulisannya yang sempoi...Novel yang menarik dan sesuai dibaca bagi menghilangkan bosan dan tension kerana membacanya, aku kadang kala tersenyum sendiri dengan telatah watak utamanya, Aleya dan Zain...Jalan cerita yang menarik...Gaya penulisan yang bersahaja begitu mudah dibaca dan sesuai dibaca di waktu senggang ataupun ketika di dalam pengangkutan awam, atau ketika menunggu train...

Aleya sebenarnya sudah jatuh cinta pada Zain tapi tidak mahu mengakuinya kerana dia dikejar bayang2 kekecewaan cinta pertamanya dahulu...Dia menerima Zain sebagai kawan dan akhirnya bertambah akrab...Zain memang sudah sah2 cintakan Aleya tapi memandangkan Aleya sering mengelak untuk berbicara mengenai cinta, Zain hanya mengikut rentak Aleya...

Lama cinta yang Zain pendam dalam hatinya...Patah hati bila dia melihat Aleya berdua-duaan makan dengan bekas kekasih pertamanya...Lalu Zain mula menarik diri...Selsebihnya, kena baca sendiri...Huhu.

P/S : Memang best! Thumbs up!!!