Friday, May 27, 2011
Mengapa sukar untuk berubah?
Untuk berubah memang memerlukan pengorbanan dan keazaman yang tinggi...Berubah kepada sesuatu yang lebih baik, memang bagus dan bukan semua orang akan tergerak atau dengan kata lainnya, mendapat Hidayah untuk berubah...Mungkin Hidayah dariNya cepat, lambat atau tiada langsung untuk kita...Tapi bila kita hendak berubah dan ada yang menghalang, adakah kita cukup kuat untuk mempertahankan niat kita untuk berubah itu? Kenapa agaknya ada yang tidak mahu kita berubah? Mungkin mereka mahu mempergunakan kita untuk aktiviti tidak sihat, atau tidak baik...Hairan bila ada yang menentang perubahan kearah kebaikan...Bukankah kita patut rasa bangga dan sama2 memasang niat untuk berubah? Bagi yang telah mendapat Hidayah untuk berubah, kenapa perlu takut? Kenapa perlu fikir apa yang akan terjadi? Kenapa perlu takut jika kawan atau insan tersayang tidak suka akan perubahan kita lantas meninggalkan kita? Adakah kita akan kerugian jika kita kehilangan orang yang tak mahu melihat kita berubah ke arah kebaikan? Bagi aku, apa yang penting adalah diri sendiri...Kita mengambil langkah untuk berubah adalah untuk kebaikan diri sendiri...Dan jika ada yang menentang, biarkan saja...Kalau kita terpaksa kehilangan mereka, biarkan...Kerana kita tidak akan keseorangan bila kita ditinggalkan orang yang tidak memahami dan menyayangi kita sepenuhnya ini...Jika orang yang menentang itu betul2 sayangkan kita, tentu dia tidak akan menghalang niat baik kita...Mudah mudahan dia juga akan mendapat Hidayah dariNya untuk berubah ke arah kebaikan...AMIN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment