Novel ini aku habis baca kira-kira seminggu yang lalu...Novel yang tak boring dibaca...Walaupun kadang-kadang terselit rasa marah kepada watak utamanya iaitu Sofea ketika diberitahu yang arwah suaminya mempunyai isteri lain...Memang wajar dia berasa marah dan kecewa tapi dia sepatutnya sudah memaafkan arwah suaminya kerana arwah suaminya berkahwin lain dengan alasan mahu membela nasib Soknah dan anak-anaknya yang masih kecil...Apatah lagi mereka kehilangan orang yang tersayang disebabkan Alfian...Alfian tidak bersalah sepenuhnya...Cuma dia bersalah bila dia menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuan Sofea...Selebihnya, novel ini dapat diagak penghujung ceritanya...Habis saja membaca novel ini, aku memilih novel baru untuk dibaca...Dan kali ini novel 5 Tahun 5 Bulan karya Hlovate menjadi pilihanku...
Tuesday, April 10, 2012
Cinta Jangan Kau Pergi
Memandangkan dah lama aku tak update blog, novel Cinta Jangan Kau Pergi ini pun sebenarnya sudah lama aku habiskan membacanya...Cerita yang menarik...Tapi cukup meluat dengan watak Qosim yang tak sedar diri dan tak mengenang budi...Mungkin di luar sana juga ramai yang berperangai begini...Sudahla Zulfa berbuat baik dengannya tapi Qosim membalasnya dengan membuat fitnah yang macam-macam terhadap Zulfa...Novel yang sarat dengan pengajaran ini memang patut dibaca...Habis je baca novel ni, aku terus menuju ke arah rak buku ku...Apa lagi, pilih novel baru yang bakal dibaca la...Dan aku memilih sebuah lagi novel karya Norhayati Berahim iaitu 'Ranting Cinta Si Plato'...
Subscribe to:
Posts (Atom)